fbpx

Air ‘kembali’ ke Taman Tasik Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paras air di Taman Tasik Taiping semakin pulih sejak hujan turun kebelakangan ini.- Foto WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Paras air di Taman Tasik Taiping dilihat semakin pulih setelah hujan turun sejak kebelakangan ini sehingga menenggelamkan dasarnya yang sebelum ini kering.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Ong Seng Guan berkata, paras air di tasik itu semakin pulih berikutan hujan di sini sejak beberapa hari lalu walaupun belum mencatat kenaikan paras normal.

“Paras air tasik ini semakin pulih tetapi masih memerlukan dua atau tiga hari hujan lagi untuk paras air kembali mencatat paras normal.

“Air dari bukit berdekatan yang mengalir masuk ke tasik ini membantu kenaikkan paras air. Air hujan dari bukit yang masuk ke tasik ini merupakan bekalan utama yang menampung air di tasik ini,” katanya kepada Kosmo ketika dihubungi.

Sebelum ini, air tasik itu dikatakan surut sehingga 70 peratus akibat kemarau apabila paras air sungai yang menjadi antara sumber air di situ juga didapati menurun dan memberi kesan kepada tahap air di dalam tasik atau kolam di taman itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI