fbpx

Wanita dirantai pada pokok tuduh suami sebenarnya bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALITA dirawat di sebuah hospital selepas ditemui dirantai di dalam hutan. - Foto India Today

NEW DELHI  –  Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang ditemui dirantai pada sebatang pokok di barat India mengaku dia merantai dirinya sendiri, lapor portal berita Independent semalam.

Lalita Kavi Kumar, 50, membuat pengakuan itu beberapa hari selepas menuduh suaminya melakukan perbuatan kejam tersebut.

Mangsa ditemui dirantai di dalam hutan tebal di Sindhudurg, kira-kira 450 kilometer dari hab  kewangan India, Mumbai.

Lalita ditemui oleh seorang pengembala lembu pada 27 Julai lalu dalam keadaan terikat dan kurus kering selepas  mendengar jeritan mangsa.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian memberitahu polis bahawa dia sendiri membeli rantai dan kunci serta merantai dirinya pada pokok kerana tidak mempunyai wang, manakala visanya telah tamat tempoh.

Selepas diselamatkan dan dihantar ke hospital, polis menemui pasport di dalam begnya yang menunjukkan bahawa dia ialah rakyat AS dari Massachusetts.

Polis juga menemui dokumen dan alamat di negeri Tamil Nadu termasuk telefon bimbit, ubat serta wang tunai 31,000 rupee (RM1,653).

Pegawai polis tempatan, Amol Chavan berkata: “Apabila kami menemuinya, dia mengalami dehidrasi teruk. Dia dipercayai terperangkap di sana selama sekurang-kurangnya 48 jam.”

Pada mulanya wanita itu memberitahu polis bahawa dia datang ke India untuk belajar yoga dan meditasi. 

Menurut mangsa, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki dari Tamil Nadu tetapi mereka telah bertengkar.

Polis kemudian mendaftarkan kes cubaan membunuh terhadap ‘suami imaginasinya’ seperti dakwaan wanita itu. 

Lalita dipercayai tinggal secara haram di India selama 10 tahun, lapor akhbar Hindustan Times yang memetik sumber polis. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI