fbpx

[VIDEO] Remaja menyamar doktor direman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja perempuan direman dua hari kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS), direman selama dua hari sehingga esok.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Tahanan reman ke atas suspek itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

Jika sabit kesalahan hukuman bagi menceroboh boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, manakala hukuman bagi menyamar penjawat awam, boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, remaja itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren serta diiring oleh polis.

Difahamkan, tiada kelibat ibu atau bapa suspek di pekarangan kompleks mahkamah.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi HSIS, di sini.

Siasatan awal mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI