fbpx

Tesla tak pernah beri komitmen buka kilang di sini – Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PETALING JAYA – Tesla tidak pernah memberikan sebarang komitmen untuk membuka kemudahan pengeluaran di negara ini, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Jelasnya dalam kenyataan di media sosial, pihak kementerian dan mana-mana agensi di bawahnya juga tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kilang di Malaysia.

“Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk (Ketua Pegawai Eksekutif Tesla) dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar Thailand, yang memetik sumber tidak dinamakan berhubung keputusan Tesla membatalkan pembinaan kilang pengeluaran di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Tengku Zaful menjelaskan, laporan berkenaan bukanlah berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tesla, jadi kesahihannya perlu disemak dengan syarikat berkenaan.

Pada masa sama, ujarnya, ini juga tidak bermakna bahawa usaha kerajaan memberi pelbagai keistimewaan kepada Tesla hanya membuang masa.

Katanya, setakat ini, Tesla merupakan syarikat tunggal yang telah memohon dan diluluskan penyertaannya dalam Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri, yang terbuka untuk mana-mana pembuat kenderaan kenderaan elektrik (EV).

“Antara syarat-syarat yang dikenakan ialah memasang sekurang-kurangnya 50 unit ultra fast charger dengan kapasiti melebihi 180 kWh dan memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada ultra fast charger yang telah dibangunkan di Malaysia dibuka untuk kegunaan awam iaitu untuk jenama kenderaan selain daripada jenama milik syarikat,” katanya.

Tambah beliau, mereka juga perlu bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam membangunkan ekosistem industri perkhidmatan pengecasan EV termasuk menggunakan kontraktor tempatan yang membuat pemasangan pengecas EV, pembekal peralatan seperti transformer, kabel dan lain-lain.

“Melalui program yang serupa, negara seperti China, Hong Kong, dan Norway telah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik. Apabila ini berlaku, banyak PKS tempatan mendapat manfaat daripada penyertaan dalam ekosistem EV.

“Jadi, bila kata Tesla dapat layanan istimewa, tak betul tu, mana-mana syarikat pun boleh memohon untuk inisiatif ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI