fbpx

‘Tiga hari tak nampak kelibatnya, rupanya…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui di dalam bilik air di Flat Paya Nahu 1 dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan mayatnya membengkak dan reput di dalam bilik air rumahnya di Blok H, Flat Paya Nahu 1, di sini hari ini.

Mangsa berusia 69 tahun ditemui dalam keadaan terlentang pada pukul 9.10 pagi tadi oleh penduduk selepas hairan kerana tidak melihat kelibatnya seperti biasa di kejiranan itu sejak tiga hari lalu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba 1, Ismail Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan pukul 9.16 pagi tadi dan terpaksa mencabut engsel pintu bagi memudahkan mayat yang tersangkut dan menghalang pintu bilik air dikeluarkan.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga hari,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan membabitkan perlakuan jenayah terhadap mangsa yang tinggal berseorangan dan tidak mempunyai keluarga itu.

” Mayat kemudian dihantar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian di Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI