fbpx

Ribut petir landa 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa daerah sehingga 7 malam nanti.

Katanya, keadaan itu boleh berlaku di seluruh negeri Perlis serta Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.

“Selain itu, keadaan sama juga dijangka berlaku di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak,” katanya di sini tadi.

Selain itu katanya, hujan lebat serta angin kencang juga boleh berlaku di Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan.

“Bagi negeri Terengganu, amaran diberikan di daerah Besut dan Setiu.

“Sementara itu, cuaca sama juga diramal melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor,” ujarnya.

Keadaan sama juga dijangka melanda Negeri Sembilan iaitu di daerah Jelebu dan Jempol.

“Amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi negeri Johor di daerah Kulai dan Johor Bahru.

“Selain itu, amaran itu turut dikenakan di beberapa daerah di Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI