SEPANG – Remaja berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Idris Shah, Serdang semalam tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.
Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan permohonan tahanan reman.
Suspek yang berpakaian lokap polis diiringi dua orang polis sebelum di bawa masuk ke dalam lokap mahkamah.
Difahamkan, tiada kelibat ibu atau bapa suspek di pekarangan kompleks mahkamah.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan pihaknya telah menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di lobi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana menyamar sebagai doktor perubatan.
Siasatan awal mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan. – KOSMO! ONLINE