fbpx

PRK DUN Nenggiri: Dakwaan kempen BN guna kenderaan Jakoa disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan Jakoa yang didakwa digunakan untuk kempen semasa PRK DUN Nenggiri. - Foto Facebook Annuar Musa

GUA MUSANG – Kerajaan menyiasat dakwaan yang mengatakan jentera Barisan Nasional (BN) menggunakan kenderaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk berkempen di kampung Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun, pihak yang membuat dakwaan itu juga disaran untuk mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tindakan dapat diambil.

“Mereka tidak boleh menuduh kita (BN) sahaja yang menggunakan jentera kerajaan. Bagaimana pula dengan kerajaan negeri Kelantan, saya pasti ada juga,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan, Kampung Renok Baru, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berucap pada Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Kesedar dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan, Kampung Renok Baru dekat Gua Musang hari ini. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta untuk mengulas dakwaan Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa yang memuat naik gambar kenderaan Jakoa yang dipercayai digunakan semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Facebook miliknya semalam.

Menerusi hantaran itu, beliau mendakwa kenderaan kerajaan diguna untuk aktiviti parti dan itu menyalahi peraturan.

“Mereka cuba tutup logo Jakoa. Itu jelas percubaan dan sengaja melanggar peraturan. Tindakan sedang diambil,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI