fbpx

Polis tahan pencetus rusuhan kaum di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dipercayai bernama Bonnie Spofforth dan mempunyai tiga orang anak. - Facebook/PA

LONDON – Seorang wanita berusia 55 tahun ditahan selepas disyaki menyebarkan maklumat palsu berhubung pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di bandar Southport sehingga mencetuskan rusuhan di seluruh Britain. 

Akhbar Metro UK melaporkan, rusuhan yang merebak di Britain itu didorong oleh maklumat palsu yang tersebar secara online. Wanita berkenaan mendakwa bahawa pembunuhan itu dilakukan oleh individu beragama Islam, Ali Al-Shakati. 

Menurut polis, suspek dari Chester itu juga ditahan kerana disyaki menerbitkan bahan bertulis untuk membangkitkan kebencian kaum. 

“Dia masih dalam tahanan kami,” kata polis. 

Ketua polis tempatan, Alison Ross berkata: “Kita semua telah menyaksikan rusuhan samseng berlaku di seluruh Britain sepanjang minggu lalu, yang kebanyakannya didorong oleh maklumat berniat jahat dan tidak tepat secara online.

“Ia adalah peringatan jelas tentang bahaya menyiarkan maklumat di platform media sosial tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu,” kata Ross. 

Walaupun tidak dinamakan dalam kenyataan polis, suspek dipercayai bernama Bonnie Spofforth dan mempunyai tiga orang anak. 

Suspek juga merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pakaian.

Spofforth didakwa menyiarkan maklumat palsu sekitar pukul 4.49 petang (waktu tempatan) pada 29 Julai lalu pada hari rusuhan bermula. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI