fbpx

Bekas penghantar makanan didenda RM1,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas penghantar makanan didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pengawal keselamatan warganegara Nepal, bulan lalu.

Majistret Aina Azhra Arifin menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Najib Sabri Soh, 41, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kesalahan tersebut berlaku di lobi lif sebuah kondominium di Sentul di sini pada pukul 10.03 malam pada 26 Julai lalu.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Asisten Superitendan Nom Phot Prack Dit memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon hukuman ringan atas alasan kini beliau tidak lagi bekerja.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menghantar makanan di kondominium itu tanpa membuka topi keledar dan pengadu menegurnya supaya membuka topi keledar tetapi tertuduh tidak menghiraukannya dan meletakkan makanan di atas kerusi mangsa sebelum beredar menaiki motosikal.

Pengawal keselamatan itu kemudian memberitahu rakannya yang bertugas di pintu masuk kondominium itu supaya tidak membenarkan tertuduh keluar dan meminta penghantar makanan mengambil makanan itu semula.

Apabila tertuduh datang semula mengambil makanan, tiba-tiba dia menolak mangsa di bahagian bahu sebelah kanan sehingga mangsa terjatuh. Pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang merawat mangsa menyatakan terdapat kecederaan tisu pada bahu kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI