fbpx

Penerbangan Scoot bawa lebih ramai pelancong ke Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Matta Fair Melaka 2024 di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Penerbangan lima kali seminggu ke Melaka oleh syarikat penerbangan tambang murah dari Singapura, Scoot bakal memacu lebih ramai kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, para pelancong dari luar negara kini boleh datang ke negeri ini dengan menaiki penerbangan terus dari Singapura.

Kata beliau, penerbangan sulung Scoot pada 23 Oktober depan akan mengaktifkan semula operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini.

“Dengan menawarkan tiket serendah RM260 sehala dari Singapura, saya melihat penerbangan ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka. Mereka (pelancong) boleh memilih untuk menggunakan sambungan ini ke mana-mana destinasi luar negara dan begitu juga sebaliknya.

“Ini adalah satu perkembangan yang baik (kerana) LTAM akan kembali aktif. Kita juga sedang berunding dengan beberapa lagi syarikat lain untuk memberikan lagi penerbangan-penerbangan baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Matta Fair Melaka 2024 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI