fbpx

Pempengaruh dakwa universiti jual degree bukan lagi pelajar UniSZA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh mendakwa penjualan sijil akademik sewaktu sesi temu bual yang tular baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan penjualan sijil akademik oleh seorang pempengaruh yang juga bekas pelajar universiti itu di media sosial baru-baru ini.

Jurucakap UniSZA berkata, universiti berkenaan sentiasa mematuhi tata kelola dan piawaian yang telah ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“UniSZA tidak akan berkompromi dalam menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan.

“Mutu pendidikan serta graduan dihasilkan UniSZA sentiasa diaudit oleh badan-nadan akademik dan professional bertauliah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang pempengaruh mendakwa dia hanya membeli ijazah sarjana muda di UniSZA dan sebagai imbalannya, universiti tersebut memberikan ilmu dan sekeping sijil ijazah sarjana muda kepadanya selepas tamat pengajian.

Istilah membeli sijil ijazah sarjana muda yang didakwa pempengaruh tersebut menjadi polemik dalam kalangan netizen kerana seakan-akan merendahkan kredibiliti sistem pengajian tinggi negara.

Dalam perkembangan sama, pengurusan UniSZA mengesahkan pempengaruh terlibat bukan lagi pelajar universiti berkenaan.

Beliau berkata, pempengaruh itu terkeluar daripada pengajiannya secara automatik setelah gagal mendaftarkan diri dalam dua semester berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI