fbpx

Pemain catur guna taktik kotor, cuba racun lawan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abakova meletakkan bahan beracun pada papan dan keping catur yang digunakan oleh pesaingnya. - east2west 

MOSCOW  –  Pihak berkuasa Russia menyiasat seorang pemain catur yang sengaja meletakkan racun merkuri di atas papan catur pesaingnya sebelum perlawanan mereka, lapor agensi berita Anadolu kelmarin. 

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Russia, kejadian berlaku di wilayah Dagestan pada Jumaat minggu lalu, manakala insiden itu disiarkan dalam  aplikasi Telegram kelmarin. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek bernama Amina Abakova, 40, meletakkan racun itu di atas papan dan buah catur yang akan digunakan oleh lawannya, Umayganat Osmanova. 

“Mangsa dibawa ke hospital selepas jatuh sakit pada permulaan kejohanan,” kata jawatankuasa berkenaan. 

Persekutuan Catur Rusia berkata, pihaknya membatalkan kelayakan Abakova buat sementara waktu dan masih menunggu penghakiman undang-undang. 

“Jika kesalahannya terbukti, dia akan hilang kelayakan selama-lamanya,” kata persekutuan itu. 

Dalam temu bual dengan media tempatan, Abakova berkata, tindakannya adalah spontan dan mempunyai kaitan dengan permusuhan peribadi. 

Dia turut mendakwa bahawa perbuatannya tiada kaitan dengan catur atau mana-mana kejohanan catur.

“Osmanova kerap mengatakan perkara yang tidak menyenangkan tentang saya dan saudara-mara, sehingga perasaan saya tersinggung,” kata Abakova. 

Polis membuka kes jenayah kerana tindakan itu mendatangkan mudarat kecil kepada mangsa. Jika didapati bersalah, Abakova boleh dihukum penjara sehingga empat bulan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI