fbpx

Olimpik Paris: Aniq ‘heret’ impian raih pingat ke LA2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ sekadar meraih tempat keempat dan terlepas untuk meraih gangsa, namun dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada aksi kelmarin. - FB MSN

TERLEPAS pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 sama sekali tidak melemahkan semangat jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan kerana atlet berusia 22 tahun itu bersedia untuk menebus kekecewaan itu menjelang Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) nanti.

Aniq yang membuat penampilan sulung di temasya sukan terbesar dunia itu dilihat berpeluang untuk membawa pulang pingat gangsa dalam acara 61 kilogram (kg) di Paris, namun hanya mampu melakukan angkatan keseluruhan 297kg sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 296kg.

Pada saingan tersebut, Aniq dalam landasan untuk meraih gangsa, tetapi dicabar hebat atlet Amerika Syarikat (AS), Hampton Morris yang juga merupakan pemegang rekod dunia clean and jerk (c&j) dengan rekod 176kg itu sebelum melakukan angkatan keseluruhan 298kg.

“Sudah pasti, saya rasa sedih tak dapat nak buat angkatan terakhir, tapi saya tetap rasa bangga dapat lakukan yang terbaik. Kalau dapat angkat 174kg tadi tu saya akan pecah rekod peribadi saya dan juga dapat pingat perak.

“Apapun, terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Hari ini, saya tak dapat bawa balik pingat lagi tetapi Insya-Allah empat tahun akan datang saya akan cuba bawa balik pingat ke Malaysia,” katanya.

Pingat emas kekal menjadi milik juara bertahan dari China, Li Fabin yang melakukan angkatan keseluruhan 310kg dengan perak dimenangi Silachai Theerapong dari Thailand (303kg).

Sebagai rekod, tempat keempat adalah rekod terbaik pernah dicapai atlet angkat berat Malaysia di Sukan Olimpik kerana pencapaian terbaik negara dalam sukan tersebut menerusi Tan Kim Bee meraih kedudukan keenam pada edisi Melbourne 1956 dengan angkatan 395kg bagi kategori 90kg lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI