fbpx

Nak kurus, Lisa Surihani mahu senang beribadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA kini giat bersenam dan mengamalkan 'intermittent fasting' untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

PETALING JAYA – Bukan sekadar mendapatkan berat badan ideal, pelakon Datin Lisa Surihani gigih bersenam dan mengamalkan intermittent fasting (IF) agar mampu melakukan ibadah dengan sempurna.

Ujar Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 38, dia juga mahu kekal sihat supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila berdepan hari tua kelak.

“Saya amalkan bersenam di gim sebanyak empat kali seminggu dan lakukan ‘intermittent fasting’ sejak sebulan lalu.

“Niat saya adalah untuk kekal sihat, bertenaga dan nanti apabila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak.

“Bila kita ada kekuatan, secara tidak langsung saya dapat jalankan ibadah dengan baik,” katanya menerusi video siaran langsung dalam TikTok miliknya.

Terus bersemangat, pelakon filem Ombak Rindu itu bersyukur apabila ramai rakan wanita di gimnasium banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar selain mengingatkannya agar tidak lupa berzikir meskipun sedang beriadah.

“Saya bersyukur sebab di pusat gimnasium yang saya pergi ada ramai kawan baharu dan sangat memberikan sokongan kepada saya.

“Mereka juga selalu mengingatkan saya pada Allah seperti sambil bersenam kita sebenarnya boleh berzikir.

“Jadi saya sangat kagum dengan perkara itu tapi bergantung juga pada jenis senaman,” luahnya.

Lisa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim, 51, pada 23 Februari 2012.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne, 7 dan Yunos Laith, 3 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI