fbpx

Mahasiswi mabuk langgar penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dipercayai mengambil pil ekstasi dan alkohol sebelum kejadian. - DetikSumut

JAKARTA – Seorang mahasiswi berusia 21 tahun ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah lalu melanggar penunggang motosikal sehingga mati di Pekanbaru, lapor saluran berita Detik. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 5.45 pagi (waktu tempatan) di Jalan Tuanku Tambusai di Pekanbaru, wilayah Riau pada Sabtu lalu. 

Menurut Ketua Polis Pekanbaru, Jeki Rahmat Mustika, suspek bernama Marisa Putri merupakan seorang mahasiswi di Universiti Abdurab, Pekanbaru. 

“Suspek memandu kereta jenama Toyota Raize ketika melanggar seorang penunggang motosikal dan mengheretnya sejauh 50 meter.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala,” kata Jeki. 

Suspek didakwa mengambil dadah dan alkohol dengan dua rakannya semasa berkaraoke di KTV Sago Hotel Furaya.

“Marisa (suspek) mengambil pil ekstasi dan alkohol sehingga pagi dan pulang sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) sebelum kejadian,” tambahnya. 

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI