fbpx

Liga Super: Tok Gajah jadi ‘mangsa’ Sabah FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel Ting (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan pada aksi bertemu Sri Pahang sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC terpaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium MP Temerloh sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad tuan rumah hanya memerlukan masa enam minit untuk memecah kebuntuan hasil penyudah penyerang import, Kpah Sherman selepas menerima hantaran Sergio Aguero.

Namun, keceriaan Tok Gajah tidak bertahan lama apabila penyerang Sabah FC, Jafri Firdaus Chew menyamakan kedudukan menerusi sentuhan menarik pada minit ke-18.

Jaringan tersebut menaikkan semangat pasukan pelawat untuk menggandakan gol dan kini giliran pemain sayap lincah, Farhan Roslan mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-26.

Momentum cemerlang The Rhinos diteruskan apabila pemain pertahanan, Daniel Ting meledak gol ketiga sekali gus menjadikan kedudukan 3-1 berselang sembilan minit kemudian.

Bersambung pada separuh masa kedua, Sherman sekali lagi berjaya meraih gol awal pada minit ke-48 untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-3.

Namun, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan tetapi gagal memanfaatkan peluang terhidang dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan Sabah kendalian Datuk Ong Kim Swee meraih 13 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan manakala Pahang kekal dengan enam mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI