fbpx

Lelaki positif dadah gagal larikan pikap curi ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toyota Hilux yang dicuri dan cuba diseludup suspek ke Thailand pada kelmarin. Foto PDRM Perlis.

PADANG BESAR – Cubaan seorang lelaki menyeludup keluar sebuah pikap yang dicuri ke Thailand gagal apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak di Titi Gajah, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kes curi sebuah pikap jenis Toyota Hilux di daerah Kampar, Perak pada pukul 11 pagi, kelmarin.

Katanya, maklumat mendedahkan bahawa kenderaan tersebut menghala ke utara.

“Pihak Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kemudian menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Perlis bagi tujuan hebahan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, IPD Padang Besar pada masa sama menggerakkan elemen Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta unit kereta peronda polis (MPV) dan unit rondaan bermotosikal dengan semua pintu sempadan dikawal ketat.

“Kira-kira pukul 2.40 petang, hari sama kenderaan berkenaan dikesan di sebuah stesen minyak di sini oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

“Tindakan serbuan dijalankan dan berjaya menahan suspek warga tempatan berusia 27 tahun,” ujarnya.

Menurutnya, semakan ke atas kenderaan itu mendapati suspek telah menukar nombor pendaftaran palsu.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada IPD Kampar bagi siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, serta didapati positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI