fbpx

Lebih 2,600 polis kawal Sukma Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MIRI – Seramai 2,679 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan di lapangan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 yang akan berlangsung bermula 17 hingga 24 Ogos ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kesemua pegawai dan anggota terbabit akan ditempatkan di semua daerah di Sarawak yang terlibat dengan penganjuran temasya sukan berkenaan.

“Bagi memastikan kejohanan sukan ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang gangguan ketenteraman awam, PDRM Kontinjen Sarawak telah bersedia dengan sepenuhnya dalam menjalankan tugas kawalan keselamatan dan ketenteraman sepanjang ia berlangsung.

“PDRM telah mengatur gerak seramai 2,679 pegawai dan anggota petugas di lapangan yang melibatkan semua elemen PDRM termasuk bantuan seramai 886 petugas daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan 25 petugas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya pada sidang media sempena Kejohanan SUKMA XXI Sarawak 2024, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI