fbpx

KDN perkasa undang-undang, kempen keselamatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kiri) bersama Razarudin pada Majlis Sua Mesra Bersama KDN di Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan kempen kesedaran keselamatan jalan raya di peringkat akar umbi bagi mengurangkan jumlah kemalangan motosikal di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian akan meneliti dan melihat kembali peruntukan undang-undang yang digunapakai ketika ini selain meningkatkan aspek penguatkuasaan bagi meningkatkan kesedaran awam.

Menurutnya, selain itu pihaknya turut berbincang dan kembali semula kepada asas dengan memperhebatkan kempen kesedaran keselamatan jalan raya di peringkat sekolah, di peringkat akar umbi dan komuniti.

“Berdasarkan rekod, anggaran keseluruhan nilai saman yang dikeluarkan setakat ini berjumlah RM2.18 bilion.

“Sekiranya nilai saman itu dijadikan indikator, ia membuktikan jumlah saman yang dikeluarkan memang tinggi, tetapi pada masa yang sama, kadar kemalangan motosikal juga bertambah.

“Justeru, kempen kesedaran jalan raya perlu dipertingkat dan aspek penguatkuasaan juga akan diteruskan untuk menanamkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya sekali gus mewujudkan kepatuhan dalam kalangan masyarakat,” katanya selepas menghadiri Majlis Sua Mesra Bersama KDN di Kepala Batas, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI