fbpx

JPV buka kertas siasatan kes gantung kucing belakang pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing yang tular tergantung di belakang sebuah pikap pada sidang akhbar di Pejabat JPV negeri, hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kes seekor kucing yang digantung dan diseret di belakang sebuah pikap di Simpang Ampat, di sini semalam.

Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihakya telah mengambil keterangan suspek yang berusia 30-an manakala kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang digunakan dalam kejadian itu turut ditahan sementara.

Katanya, pihaknya telah mengadakan pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari selepas menerima aduan berhubung kejadian terbabit.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya mengesan suspek dan kucing terbabit kemudiannya diambil bagi tujuan siasatan, pemeriksaan lanjut beserta rawatan oleh Pegawai Veterinar.

“Kertas siasatan dibuka di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772),” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

“Berdasarkan kes ini, walaupun niat suspek mahu membawa kucing ke klinik haiwan namun caranya salah kerana tidak meletakkan ia dalam tempat khas sekali gus membahayakan nyawa kucing terbabit. Ketika ini, kucing terbabit berada dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gambar seekor kucing yang tergantung di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda sehingga mendatangkan kemarahan orang ramai dan pencinta haiwan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI