fbpx

Jaga cuai, terlepas tembakan di Hospital Alor Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian terlepas tembakan akibat kecuaian seorang pengawal keselamatan di Hospital Alor Gajah, kelmarin. - Gambar hiasan media sosial

ALOR GAJAH – Polis mengesahkan berlaku kejadian terlepas tembakan akibat kecuaian seorang pengawal keselamatan di Hospital Alor Gajah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku di pejabat unit hasil hospital berkenaan dan tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.

Jelasnya, ketika kejadian pengawal keselamatan berusia 56 tahun itu bertugas seorang diri dan tiada individu lain di pejabat.

“Suspek lelaki terlibat ditahan semalam selepas pihak hospital membuat laporan dan permohonan reman akan dibuat pagi ini.

“Polis menerima maklumat kejadian daripada ketua pengawal keselamatan Hospital Alor Gajah memaklumkan, senjata api jenis shot-gun Winchester digunakan suspek telah terjatuh dan meletup sehingga terkena meja kaunter.

“Semasa kejadian, suspek sedang duduk di kerusi, manakala senjata api yang dibekalkan syarikat diletakkan di atas meja hadapannya dalam keadaan kunci keselamatan tidak dipasang,” katanya.

Tambah Ashari, satu laporan polis dibuat pukul 6.20 petang semalam atas kecuaian mengendalikan senjata api setelah pihak hospital dan syarikat kawalan keselamatan melakukan siasatan dalaman.

“Suspek telah bekerja di situ kira-kira dua tahun lalu dan mendapat lesen penggunaan senjata api sejak 2023. Kita turut merampas semua barang kes dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI