fbpx

Isteri minta mesin sokongan hayat suami dimatikan kerana mempunyai kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail meskin sokongan hayat. - Foto Radio Awam Nashville

BEIJING  – Seorang isteri memberitahu doktor supaya mematikan mesin sokongan hayat yang digunakan suaminya kerana pesakit curang dan mempunyai wanita simpanan, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.

 Lelaki berusia 38 tahun itu telah meninggalkan isteri  dan tinggal bersama perempuan simpanannya.

Pesakit  dari wilayah Liaoning, utara China itu mengalami pendarahan otak di rumah perempuan simpanannya baru-baru ini dan dikejarkan ke hospital. 

Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi. 

Bagaimanapun, apabila doktor cuba mencari wanita yang membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan kebenaran bagi melakukan pembedahan, mereka mendapati dia telah hilang.

Sementara itu, seorang wanita lain memasuki hospital dan mengaku isteri pesakit. 

Doktor memberitahu wanita berkenaan bahawa suaminya berada dalam keadaan kritikal. 

Pesakit telah koma dan mempunyai peluang tipis untuk terselamat daripada pembedahan.

Wanita itu juga diberitahu bahawa kos pembedahan sangat tinggi dan dia hanya boleh bertahan sedikit masa lagi dengan bantuan mesin sokongan hayat.

Si isteri menjawab dengan menyatakan suaminya telah berlaku curang terhadapnya selama lebih sedekad. 

Wanita itu juga tidak mahu membayar kos pembedahan dan tidak mempunyai perasaan lagi terhadap suaminya. 

Dia juga enggan menandatangani borang kebenaran pembedahan dan meminta doktor mematikan  mesin sokongan hayat suaminya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI