fbpx

Hujan hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan boleh berlaku meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia pada petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, keadaan hujan terutamanya melibatkan kawasan di sekitar utara dan di Pantai Timur juga melibatkan kawasan di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia.

“Keadaan hujan ini dijangkakan boleh berlarutan sehingga ke awal malam nanti.

“Sementara itu di Sabah dan Sarawak pula, MetMalaysia menjangkakan keadaan hujan masih lagi berpotensi untuk berlaku melibatkan kawasan pedalaman dan juga bahagian utara Sarawak, manakala di Sabah lebih tertumpu di bahagian perairan pantai barat dan sedikit di bahagian pedalaman Sabah,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan rantau negara ketika ini menerima pengaruh angin dari arah tenggara ke hampir keseluruhan semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.

“Keadaan ini juga menyebabkan kelajuan angin mencecah 10 hingga 30 kilometer (km) sejam.

“Oleh yang demikian MetMalaysia masih lagi tidak mengeluarkan sebarang amaran angin kencang dan juga laut bergelora,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI