fbpx

Generasi Alpha dipersiap ilmu penyusuan susu ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Siti Maisarah (kanan) pada perasmian 6th National Lactation Conference dan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur 2024, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan media sosial menjadi langkah penting dalam usaha merapatkan jurang diantara generasi Z dan Alpha berkaitan penyusuan susu ibu.

Menurut Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan (KKM), Rusidah Selamat, usaha ke arah itu perlu dilakukan sekarang untuk mendidik dan mempersiap generasi masa hadapan mengenai kepentingan penyusuan ibu.

“Kita bakal berdepan cabaran besar pada masa akan datang jika perkara ini tidak dimulakan sejak awal.

“Sekarang ini kita berhadapan dengan generasi Z dan mulai tahun hadapan kita perlu beri perhatian kepada generasi baharu iaitu Alpha yang akan memasuki usia 15 tahun.

“Usia sebegini sangat penting untuk kita mempersiapkan mereka dengan pengetahuan berkaitan penyusuan ibu agar tidak ada yang tercicir dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Laktasi Kebangsaan Kali Ke-6 dan Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2024 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut setiap tahun dari 1 hingga 7 Ogos di seluruh dunia, bertujuan memanifestasikan komitmen terhadap usaha mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu.

Sehubungan itu bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu #Rapatkan Jurang: Sokong Susu Ibu Sepenuhnya, beliau tidak mahu sesiapapun tertinggal walaupun di ceruk mana berada.

Katanya, sehubungan itu, fokus awal akan diberikan kepada pelajar sekolah dan di institusi pengajian tinggi untuk mempersiapkan mereka menjadi ibu muda yang mempunyai ilmu berkaitan penyusuan ibu pada masa akan datang.

Tambahnya, isu penyusuan ibu nampak mudah, tetapi sebenarnya ia sangat penting. Bukan sahaja di negara ini, malah di peringkat global yang telah diperjuangkan sejak dulu lagi.

“Kita mengalu-alukan para ibu untuk menyertai kumpulan sokongan yang disediakan oleh pihak kami untuk mempersiapkan diri mereka sejak dari awal kehamilan sehingga anak berusia dua tahun dan mengikuti siri kelas dalam talian.

“KKM juga melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkukuh program penyusuan susu ibu seperti Program Pengukuhan 1,000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak Malaysia.

“Uaha-usaha ini sekali gus dapat mengatasi pelbagai masalah beban berganda malpemakanan (BBM) yang berlaku dalam kalangan ibu hamil dan kanak-kanak bawah lima tahun,” katanya.

Jelasnya, ia sangat penting demi kesejahteraan dan kesihatan ibu serta bayi.

“Tidak ada makanan yang terbaik untuk bayi yang boleh menandingi susu ibu,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI