fbpx

Gempa bumi mega ancam Jepun, PM Fumio Kishida batal lawatan ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kemusnahan yang berlaku di Bandar Horyu, wilayah Ishikawa pada 1 Februari lalu, sebulan selepas gempa bermagnitud 7.5 menggegarkan rantau tersebut. – AFP

TOKYO – Saintis-saintis gempa bumi memberi amaran gempa bumi mega berisiko menggegarkan Jepun selepas lapan orang cedera dalam gegaran kuat bermagnitud 7.1 di selatan negara itu kelmarin.

“Kemungkinan gembar bumi teramat kuat (mega) berlaku adalah lebih tinggi daripada biasa.

“Bagaimanapun, ini bukan petanda gempa bumi mega pasti berlaku,” kata Agensi Meteorologi Jepun(JMA).

Kenyataan itu adalah amaran pertama yang dikeluarkan di bawah sistem ramalan dan pengesanan baharu selepas gempa bumi dahsyat menggegarkan Jepun pada 2011.

Seorang jurucakap kerajaan enggan mengulas laporan badan penyiaran awam NHK bahawa Perdana Menteri Fumio Kishida akan membatalkan lawatan ke Asia Tengah bermula semalam susulan amaran JMA.

Lampu isyarat dan kereta bergegar, manakala pinggan mangkuk jatuh daripada rak-rak semasa gempa bumi melanda Pulau Kyushu kelmarin, namun tiada kerosakan besar dilaporkan.

“Lapan orang cedera termasuk beberapa mangsa yang ditimpa objek,” kata Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana. Jepun yang memiliki seramai 125 juta penduduk, mengalami sekitar 1,500 gempa bumi setiap tahun tetapi kebanyakannya gegaran kecil.

Gempa bumi kuat juga tidak mendatangkan kemusnahan besar berikutan kekerapan prosedur kecemasan dan teknik pembinaan bangunan tinggi yang canggih.

Tokyo sebelum ini menyatakan, kebarangkalian gempa bumi mega menggegarkan Jepun dalam masa 30 tahun adalah sekitar 70 peratus. Gempa dahsyat itu boleh mengancam 300,000 nyawa.

Pada tahun 2011, gempa bumi kuat dasar laut bermagnitud 9.0 menggegarkan timur laut Jepun dan mencetuskan ombak tsunami. Seramai 18,500 orang terkorban atau hilang dalam bencana tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI