fbpx

Gagal dalam bisnes dua kali, Asmieda tidak putus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCAYA kepada rezeki, Asmieda kembali mencuba bisnes kosmetik sekali lagi.

DALAM mengekalkan perniagaan yang diceburi pasti tidak dapat lari daripada segala ujian, cabaran dan halangan mendatang.

Pun begitu, itu semua menjadi asam garam dan suntikan motivasi serta penguat semangat bagi seseorang yang terlibat dengan perniagaan untuk kekal bertahan atau sebaliknya.

Bagi wanita muda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia juga pernah berada dalam situasi sama apabila dilanda ujian hebat sekali gus meranapkan bisnes yang telah dibangunkan selama enam tahun.

Bagi Nurul Asmieda Mohammad, 32, dia memulakan langkah kanannya dalam perniagaan kosmetik bermula 2016 sebagai ejen pengedar produk berjenama Haus.

“Saya kenal Haus tahun 2016 lagi ketika mereka ada buat acara dan jualan di Kota Bharu Kelantan.

“Masa itu, boleh dikatakan Haus memang sudah dikenali dan memang ramai sangat pengunjung datang serbu ke reruai jualan mereka,” katanya kepada Aura.

Jelasnya, bermula dari situ, dia menjadi ejen produk tersebut sampailah mempunyai pasukan (team)sendiri sekali gus mengubah hidupnya.

ASMIEDA yakin dengan pasukan baharunya dalam perniagaan kosmetik.

Pun begitu katanya, di setiap kemanisan yang dikecapi, pasti juga ada kepahitan yang perlu ditelan.

“Momen yang saya tidak boleh lupakan saat saya diuji dengan rugi hamper ratusan ribu ringgit apabila dikhianati team sendiri dan team akhirnya berpecah belah.

“Bisnes yang saya bina dan jaga selama lebih enam tahun terkubur begitu saja,” katanya yang mesra disapa Mieda.

Meskipun berat diuji dalam perniagaan, semangatnya bukan calang-calang. Buktinya dia bangkit berniaga semula dan menjual pakaian Muslimah.

“Bila saya bermula dengan berniaga pakaian Muslimah, sekali lagi saya ditipu.

“Masa itu saya rasa saya seorang yang gagal kerana gagal sebanyak dua kali. Saya juga gagal untuk pertahankan ejen-ejen sebelum ini dan saya gagal dalam
berniaga.

“Saya hampir untuk tidak berniaga lagi, tetapi disebabkan jiwa saya kental, saya kuatkan semangat untuk berniaga lagi,” katanya.

Meneruskan perkongsian, tiga minggu lalu sekali lagi mencatatkan sejarah dalam hidup ibu kepada empat cahaya mata ini apabila kembali berniaga dan memilih kosmetik sebagai sumber pendapatan.

Katanya, dia ‘kembali’ atau seakan-akan membuat comeback Bersama majikan lamanya, Haus apabilasyarikat itu mengeluarkan buah tangan terbaharunya iaitu Mudde.

“Tatkala Haus keluarkan Mudde baru-baru ini, saya terus tergerak hati untuk sertai mereka semula. Saya percaya kepada rezeki dan percubaan kali ini walaupun ia mungkin mengingatkan saya kepada kepahitan lalu.

“Bagi saya, saya tertarik dengan produk ini yang lain daripada yang lain terutama dari segi formulasi dan teknologi yang mereka gunakan,” katanya.

Jelasnya, meskipun baru tiga minggu menyertainya, dia sudah mempunyai lebih 20 orang di bawah kendaliannya dan mampu menjana sehingga puluhan ribu ringgit.

“Sepanjang pengalaman saya berniaga, kali ni memang cepat sangat ejen saya bertambah.

“Jika diizinkan Allah, sebelum berakhir 2024, saya sasar lebih 100 orang ejen mendaftar di Bawah kendalian saya sekali gus menjadikan team kami lebih produktif,” katanya.

Ditanya perancangan selepas ini, Mieda berhasrat mahu memajukan perniagaan yang diceburi sekali gus menjadi leader (ketua) yang boleh lahirkan lebih ramai usahawan Wanita berjaya.

Menutup perkongsian, Mieda menitip pesan, bermulalah dengan apa yang ada dan dari bawah jika mahukan kemanisan berada di atas kelak.

“Jangan pernah boikot diri sendiri, setiap daripada kita Allah sudah anugerahkan kelebihan masing masing.

“Paling penting berniaga dengan ilmu, berada dalam circle atau lingkungan yang betul dan jangan mudah berputus asa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI