fbpx

Daim tetap dapat perbicaraan adil – Pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Na'imah bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan hari ini berhujah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin tetap mendapat perbicaraan yang adil berhubung pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pengisytiharan 70 harta.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahruddin Wan Ladin berkata, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, akan diberikan peluang penuh untuk membela diri apabila kes dibicarakan kelak melalui sistem keadilan jenayah.

“Mahkamah ini dihakimi oleh seorang pegawai undang-undang yang dilatih untuk kekal menjadi impartial (kesaksamaan),” katanya.

Hujahan lanjut, Wan Shaharuddin turut memaklumkan Daim gagal menunjukkan mahkamah ini tidak boleh berlaku adil apabila mendengar permohonan pemohon di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan perbicaraan penuh bagi pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon.

“Kes pihak pemohon dan isterinya adalah berdasarkan kepada keadaan berbeza dan ini diakui oleh pemohon sendiri. Ini tidak mungkin berlaku ketidakadilan,” katanya.

Wan Shahruddin memaklumkan demikian bagi menjawab permohonan yang dikemukan Daim pada 7 Mei lalu supaya pertuduhan berhubung pengisytiharan 70 harta didengar dan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen lain.

Antara alasan Daim terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama.

Sementara peguam M. Puravelan yang mewakili Daim ketika berhujah memaklumkan permohonan itu perlu dibenarkan bagi mengelak berlaku ketidakadilan terhadap anak guamnya.

Beliau berhujah, permohonan itu bukan sesuatu yang biasa kerana kedua-dua kes turut melibatkan isu-isu perundangan yang perlu diteliti dan diputuskan oleh mahkamah.

Hujah beliau, permohonan itu bukan bermaksud supaya Azura menarik diri sebaliknya mahukan kes itu dipindahkan di hadapan seorang hakim berlainan.

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak-pihak Hakim Azura Alwi kemudian 27 Ogos ini bagi keputusan bagi permohonan Daim untuk kesnya didengar di hadapan hakim lain.

Pada 29 Januari lalu, Daim, 86, didakwa dan mengaku tidak bersalah pertuduhan dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang telah dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023.

Harta itu antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, Mercedez Benz serta Roll Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta Pahang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Sebelum itu pada 23 Januari lalu, Na’imah, 67, turut didakwa atas pertuduhan sama membabitkan antaranya bangunan Menara Ilham, dua kereta Mercedez Benz serta beberapa aset harta di Bukit Tunku, Taman Tun Dr. Ismail dan Pulau Pinang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tempat dan tarikh yang sama.

Justeru pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut seksyen 36(2) Akta SPRM (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan boleh didenda tidak lebih RM100,000 jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI