LONDON – Pengendali skuad Bawah 21 Tahun (B-21) England, Lee Carsley disebut-sebut sebagai calon untuk diangkat sebagai pengurus tetap skuad senior The Three Lions.
Selepas memacu skuad B-23 England muncul juara Euro B-21 tahun lalu, Carsley tersenarai dalam calon untuk dipilih untuk mengisi jawatan pengurus sementara pasukan senior bagi menghadapi Piala Negara-Negara Eropah, bulan depan.
Ketika bekas pengurus, Gareth Southgate dikritik kerana dilihat takut untuk memberi peluang kepada penyerang yang dimilikinya, situasinya jelas berbeza dengan apa yang dilalui oleh Carsley
Corak yang dimainkan Carsley dikatakan menghadirkan aksi lebih menghiburkan hingga ada menggelarkan corak pendekatannya sebagai ‘Carsball’.
Bekas anak didiknya yang juga bintang Newcastle United, Anthony Gordon turut melabelkan Carsley sebagai pengurus terbaik, manakala pemain Liverpool, Harvey Elliott menyifatkannya sebagai pengendali luar biasa.
Berdasarkan jadual pertandingan Piala Negara-Negara Eropah bulan depan, The Three Lions bakal berdepan dua perlawanan peringkat awal menentang Ireland dan Finland.
Bekas bintang Ireland itu dikatakan salah satu calon sesuai untuk menggantikan Southgate yang letak jawatan selain mantan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menolak peluang untuk melatih England. – AGENSI