fbpx

Bukan satu pengakhiran – Mohd. Zuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki mengimbas waktu keluar buat kali terakhir sebagai KSN di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali menyifatkan persaraannya dalam perkhidmatan awam bukanlah sebagai satu pengakhiran, sebaliknya bersedia untuk terus berkhidmat sekiranya diperlukan.

Beliau yang berpengalaman selama 32 tahun menyatakan untuk terus membantu kerajaan dan memberikan apa jua pandangan sekiranya diperlukan.

Mohd. Zuki pada masa sama turut menghargai kepercayaan yang diberikan kerajaan selepas berpeluang untuk berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) di bawah dua Yang di-Pertuan Agong dan empat Perdana Menteri.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai penjawat awam setelah saya berkhidmat lebih 32 tahun tujuh bulan dan saya rasa syukur kerana sepanjang tempoh itu saya berkhidmat sebagai KSN banyak pengalaman saya lalui dan hikmah saya dapat.

“Saya bersedia untuk berikan apa juga khidmat, nasihat, pandangan jika diperlukan,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perdana Putra di sini tadi.

Terdahulu, Mohd Zuki mengimbas waktu keluar buat kali terakhir pada pukul 4.30 petang sebelum meninggalkan bangunan Perdana Putra setengan jam kemudian.

Beliau yang memakai suit hitam bertali leher biru gelap diiringi Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang bakal memulakan tugas sebagai KSN Isnin depan.

Mohd. Zuki dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 31 Disember 2019 dan beliau menjawat semula jawatan itu secara kontrak untuk tempoh dua tahun mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI