fbpx

Atlet Olimpik wanita lamar kekasih selepas bercinta 3,287 hari  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alice Finot (kanan) bersama teman lelakinya, Bruno Martine Bargiela (kiri). - Getty Images

PARIS – Atlet Perancis, Alice Finot meraikan kejayaan memecahkan rekod acara 3,000 meter lari berhalangan di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan melamar teman lelakinya, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Wanita berusia 33 tahun itu melamar teman lelakinya, Bruno Martine Bargiela yang juga atlet triathlon dari Sepanyol.

Lamaran itu dibuat selepas mereka menjalin hubungan selama 3,287 hari. 

“Kami juga telah bersama selama sembilan tahun, maka saya akan melamarnya,” kata Finot.

Rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @TheFigen_ memaparkan Finot mengeluarkan pin Olimpik dan melutut di hadapan Bargiela. 

Detik indah itu menjadi lebih bermakna apabila Bargiela menerima lamarannya. Orang ramai juga bersorak dan meraikan pasangan tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 45 juta tontonan bersama 322,000 tanda suka. 

“Detik yang sangat manis. Dia (Bargiela) harus berbangga,” kata netizen. 

“’Wanita yang berjaya memecahkan semua halangan. Saya suka melihatnya,” puji netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI