fbpx

Amirul raih Anugerah Kelestarian King’s Trust 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (tiga dari kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada Amirul di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Komuniti Belia Selangor (SAY) telah memilih Amirul Mukminin, yang merupakan peserta Team Programme Malaysia 2022 sebagai pemenang serantau Anugerah Kelestarian King’s Trust 2024 untuk Asia dalam Anugerah Global King’s Trust 2024.

Anugerah tersebut adalah sebagai pengiktirafan kepada golongan muda yang cemerlang dalam program King’s Trust di seluruh dunia.

Pengurus Program Team Malaysia, Siti Nurainin Nabilah Mohd Azman berkata, ia adalah program pembangunan peribadi dan profesional dengan kerjasama King’s Trust International yang berpangkalan di United Kingdom (UK), berlangsung selama sembilan minggu dan dibahagikan kepada lima fasa.

“Elemen utama dalam program ini adalah projek komuniti yang berfokuskan kepada alam sekitar dan komuniti, yang mana peserta akan merancang dan memilih projek komuniti mereka sendiri untuk memberi pengalaman kepada mereka bagi menjalankan tugas mereka kepada masyarakat.

“Peserta juga akan diberikan elaun bulanan mengikut jarak rumah mereka dengan lokasi program kerana mereka tidak diberikan kemudahan penginapan,” katanya ketika ditemui dalam majlis pengiktirafan tersebut di sini semalam.

Acara berprestij tersebut telah dihadiri oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyempurnakan majlis
tersebut.

Ainin berkata, Team Programme mempunyai penempatan kerja untuk menghantar peserta ke Program Latihan Industri bagi memberikan mereka pengalaman bekerja dan juga kebolehpasaran.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan peserta untuk mendapatkan pekerjaan, ilmu pengetahuan dan rawatan di akhir program tersebut.

Sementara itu, Amirul Mukminin, 24, menjelaskan, salah satu faktor yang mendorong beliau untuk menyertai program tersebut adalah untuk mendapatkan pengalaman kerja dan mendapatkan bidang kerja yang beliau inginkan.

“Ibu bapa saya juga adalah antara orang yang mendorong saya untuk menyertai program ini bagi mendapatkan pengalaman di luar dan menjadi contoh kepada adik-adik memandangkan saya adalah anak sulung daripada tiga beradik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI