fbpx

Akhirnya anak jumpa semula ‘Hello Kitty’ kesayangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Zaki berkongsi wajah kegembiraan anaknya kerana dapat memeluk semula patung kesayangan serta lampiran pembayaran ganjaran kepada individu yang menemukan Hello Kitty.

PETALING JAYA – Selepas menangis dan merajuk selama lebih dua minggu disebabkan patung kesayangan hilang di sebuah inap desa, akhirnya kanak-kanak tersebut berjaya bertemu semula dengan Hello Kittynya.

Menerusi perkongsian bapa kanak-kanak itu di laman X, Aliff Zaki berkata, patung kesayangan anaknya berjaya ditemukan oleh salah seorang tetamu yang menginap di inap desa sama seperti mereka sebelum ini.

“Perkembangan terbaharu. Kitty dah dijumpai oleh salah satu tetamu inap desa itu. Selepas dua minggu hilang tanpa jaminan akan jumpa balik, tuhan izinkan ‘reunion’ ini.

“Nak nangis rasa masa ada orang DM (direct messengers) cakap “ini ke kitty yang dicari tu?”,” katanya dalam ciapan malam tadi.

Melihat kepada perkongsian gambar yang dimuat naik Aliff Zaki, kelihatan wajah anak perempuannya tersenyum lebat selepas dapat memeluk semula patung kesayangan.

Meskipun patung tersebut sedikit kotor dan berbau, namun ia tetap mampu melepaskan kerinduan yang sekian lama.

Bercerita lanjut, Aliff Zaki berkata, dia juga telah memberi ganjaran sebanyak RM200 kepada individu terbabit seperti mana yang dijanjikan sebelum ini.

“Seperti yang dijanjikan, ganjaran RM200 kepada orang yang jumpa. Alhamdulillah,” luahnya.

Terdahulu, Aliff Zaki membuat hebahan di media sosialnua meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya terjumpa patung kesayangan anaknya.

Katanya, kali terakhir patung tersebut bersama anaknya adalah di sebuah inap desa dekat Kuala Terengganu sekitar 20 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI