fbpx

Aditya Shamsher pengurus baharu The Danna Langkawi Resort & Beach

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aditya Shamsher Malla.

PETALING JAYA – The Danna Langkawi Resort & Beach Villas, salah satu ahli bagi Small Luxury Hotels of the World mengumumkan pelantikan Aditya Shamsher Malla sebagai Pengurus Besar baharunya berkuat kuasa Ogos 2024.

The Danna Langkawi Resort & Beach Villas melalui satu kenyataan berkata, Aditya, seorang yang dkenali sebagai pakar dalam bidang hospitaliti dengan pengalaman dan komitmennya selama ini dijangka menjadi nilai tambah kepada kecemerlangan pasukan The Danna.

“Aditya seorang profesional dan berpengalaman dengan lebih tiga dekad dalam industri hospitaliti yang mana beliau juga terkenal dalam peranan berprofil tinggi, termasuk bidang operasi, pra-pembukaan, pengubahsuaian, penukaran dan pelancaran semula hotel-hotel terkenal.

“Beliau juga telah banyak mengecap kejayaan bersama pasukan bimbingannya di seluruh dunia termasuk dengan nama-nama besar seperti Oberoi Hotels & Resorts, Taj Luxury Hotels, Shangri-La, Hyatt Regency, The Westin, Marriot International dan Hilton,” jelas kenyataan tersebut semalam.

Dalam pada itu, Aditya turut berkata, beliau sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan tugasnya di Malaysia dan berharap akan membawa The Danna Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang diingati pengunjung.

“Saya berbesar hati untuk menyertai The Danna Langkawi, sebuah resort mewah yang terkenal dengan keanggunan dan pengalaman tetamu yang luar biasa.

“Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan yang berdedikasi di sini untuk meningkatkan standard hospitaliti kami dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk tetamu kami,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI