fbpx

Adik Zayn Rayyan dijaga nenek saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismanira melambaikan tangan kepada anaknya selepas prosiding di Mahkamah Majistret Shah Alam. FOTO AFIQ RQZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Hak jagaan sementara adik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin diserahkan kepada nenek saudaranya bermula hari ini.

Keputusan itu dibuat Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas proses rundingan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan peguam keluarga, Nurul Ikrimah Mohd. Raya.

Perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak lelaki tersebut adalah selama dua bulan sehingga 4 Oktober ini.

Nurul Ikrimah ketika ditemui selepas prosiding tersebut memberitahu, terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi sepanjang tempoh jagaan sementara itu.

“Hak jagaan sementara diberikan kepada ibu saudara Zaim Ikhwan Zahari sepanjang dua bulan.

“Zaim dan Ismanira Abdul Manaf hanya dibenarkan berjumpa sekali seminggu namun tidak boleh melebihi lapan jam.

“Sepanjang tempoh perjumpaan, perlu dibawa atau ditemani penjaga sementara kanak-kanak itu ( nenek saudara),” katanya kepada pemberita hari ini.

Nurul Ikrimah turut memaklumkan ibu bapa kanak-kanak itu boleh membuat panggilan video tanpa had.

Jelasnya, Zaim dan Ismanira juga perlu membawa anaknya itu bagi proses terapi khas autistik sebulan sekali.

Dalam pada itu, keputusan tersebut jelas menceriakan keluarga Zaim dan Ismanira yang tidak putus-putus mencium kanak-kanak berkenaan.

Kosmo! pada 14 Jun lalu melaporkan JKM memperoleh perintah jagaan sementara selama dua bulan terhadap adik kepada Zayn Rayyan.

Perintah jagaan itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI