fbpx

99 ‘bendera’ rasmi Fugo terjah industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAND indie FUGO ini muncul dengan album baharu berjudul 99.

LEBIH empat tahun bergerak sebagai sebuah band indie, nama Fugo tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat tegar muzik alternatif. Karya baharu mereka sentiasa menjadi perhatian memandangkan muzik yang dihasilkan sentiasa ‘up to date’ dan lari daripada kebiasaan.

Menjadikan getaran elektro vintaj bersulam bunyi-bunyian moden dan mengambil pengaruh pop lewat tahun 1970-an, 1980-an, funk, rock moden dan muzik new wave, semua itu sebenarnya sebenarnya memberikan kesegaran kepada setiap lagu mereka.

Dianggotai oleh tiga anak muda iaitu Hakim Kamal (vokalis dan pemain gitar), Kayrol Ami (pemain bass) dan juga Fai (pemainkeyboard), terbaharu FUGŌ muncul dengan sebuah  album berjudul 99 sebagai ‘tanda rasmi’ kehadiran mereka ke dalam industri arus perdana.

“Alhamdulillah kami bersyukur kerana album 99 akhirnyamenemui peminat setelah berhempas pulas memerah idea untuk menghasilkan yang terbaik kepada pendengar. Album ini bukansahaja sebagai satu penanda aras kepada Fugo selain membuktikan kami serius dalam penciptaan lagu.

“Sebelum ini kami banyak menghasilkan single dan EP sahaja. 99 menjadi saksi kami berjaya masuk ke dunia penerbitan dan belajar banyak perkara baharu. Sebab itu kami mahu peminatmendengar keseluruhan album ini dahulu,” kata Hakim memulakan bicara.

Menyusuri perjalan seni band ini, Fugo sebenarnya memulakanlangkah dengan menghasilkan lagu Waiting pada Februari 2020. Bertitik tolak daripada itu, mereka turut menghasilkan tujuh buah single dan sebuah EP berjudul Fugo yang dilancarkan pada April 2021.

Melihatkan sambutan hangat dan maklum balas positif yang diberikan oleh peminat, mereka akhirnya memberanikan diri menghasilkan album penuh dan meneroka lagu dengan lirik Melayu yang lari daripada kebiasaan.

 “Sebetulnya banyak lagu yang kami hasilkan sebelum inimenggunakan bahasa Inggeris. Tapi untuk 99, FUGŌ mencari sisi lain dengan menggunakan lirik berbahasa Melayu sebagai tunjang utama kepada sembilan karya kami.

“Paling menarik perhatian apabila lagu 99 dan Pentas Sandiwara diterima baik oleh peminat. Itu yang membuatkan kami yakin berada di landasan yang betul. Setidaknya kami berjaya menarik peminat baharu untuk mengenali Fugo,” tambah Hakim mewakili rakan-rakan yang lain.

Bercerita mengenai proses pembuatan album ini pula, merekatelah melalui beberapa peringkat tapisan termasuklah melukis lanskap sonik yang berwarna-warni. Proses tersebut penting untuk mencipta melodi yang ceria dan bersemangat hingga ke balada yang penuh perasaan yang menyentuh jiwa.

FUGŌ juga sebenarnya cenderung menggabungkan elemen muzik nostalgia dan kontemporari sering mencipta daya tarik yang berjaya menambat hati pendengar dari semua peringkatumur dan latar belakang.

Sebagai rekod, album 99 dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos ini dan serentak dengan itu Fugo akan memulakan siri jelajah di seluruh negara meliputi empat negeri utama untuk mempromosikan album 99.

Jelajah akan bermula pada 17 Ogos di Kedah, 18 Ogos (Perak), 24 Ogos (Johor), 1 September (Pahang) sebelummenutup jelajah di pertunjukan kemuncak mereka di Kuala Lumpur pada 7 September nanti.

Peminat akan berpeluang mendengar album 99 secara persembahan langsung dan boleh juga mendapatkan pelbagai cenderahati eksklusif Fugo di semua lokasi jelajah.

Album 99 Fugo kini tersedia dalam kesemua platform penstriman digital, manakala tiket untuk siri jelajah 99 Tour boleh diperoleh melalui  https://www.ecrice.my/products/fugo-99-tour-2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI