fbpx

8,000 mahasiswa di Selangor terima wang saku fidyah RM2.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz menyerahkan sumbangan fidyah itu kepada wakil IPT di Kampus UiTM Selangor, Puncak Alam, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan wang saku fidyah berjumlah RM2.4 juta bagi mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) kurang berkemampuan di negeri ini.

Peruntukan itu melibatkan pengagihan kepada 8,000 penuntut yang memenuhi syarat penerima agihan fidyah tersebut.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pelaksanaan itu dibuat secara berkumpulan kepada golongan sasar melibatkan kerjasama daripada Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) seterusnya membantu mengenalpasti penerima yang layak menerima fidyah.

“Agihan wang saku fidyah RM2.4 juta itu diagihkan kepada penuntut di enam IPT yang memerlukan dan berkelayakan melalui RSAFM.

“Ia meliputi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Selangor (Unisel), Management and Science University (MSU),” katanya.

Majlis pelancaran program itu disempurnakan Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof di Kampus UiTM Selangor, Puncak Alam di sini.

Tambah Ahmad Shahir, objektif pihaknya mahu membantu pelajar meneruskan kelangsungan hidup ketika sesi pengajian.

“Setiap pelajar yang layak akan menerima RM300 meliputi agihan fidyah seperti bantuan makanan asas dan wang tunai. Tahun lalu, MAIS mengagihkan fidyah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM11.9 juta,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI