fbpx

2,200 peneroka Kesedar terima pemilikan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Kesedar dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan, Kampung Renok Baru dekat Gua Musang hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

GUA MUSANG – Kira-kira 2,200 peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan menerima pemilikan tanah dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembahagian tanah itu melibatkan kawasan seluas 7,000 hektar dan proses pecah lot sudah dijalankan.

Tegasnya, proses pemberian tanah itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang sedang berlangsung ketika ini.

“Pembahagian pemilikan tanah sudah dijalankan sebelum PRK. Setiap lot tanah melibatkan keluasan sebanyak sekitar 3.18 hektar.

“Ia melibatkan seluruh kawasan Kesedar dan bukan hanya di kawasan Nenggiri sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Kesedar dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan, Kampung Renok Baru di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah yang berbangkit termasuk isu pemilikan tanah.

Katanya, selain itu, kerajaan negeri Kelantan tidak boleh hanya mengatakan kuasa penyerahan hak milik tanah boleh dilakukan oleh pihak mereka.

“Ini melibatkan tanah Kesedar yang membayar premium dan kerajaan negeri tiada hak. Jadi, tanah itu milik Kesedar dan kita berhak memberi hak milik kepada peneroka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI