fbpx

Phu Quoc tawar panorama persis Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tarikan paling utama di pulau ini adalah kereta kabel terpanjang di dunia iaitu sepanjang 7.89 kilometer selain menelusuri sungai menggunakan bot.

PHU QUOC merupakan sebuah pulau di Vietnam yang terkenal dengan keindahan pantai serta kepelbagaian kehidupan marinnya.

Pada saya, tempat ini memang sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar kerana panoramanya cukup memukau.

Saya bercuti bersama suami selama lima hari empat malam dengan kos keseluruhan berjumlah RM3,200.

Kos ini meliputi semua aspek pelancongan termasuk makan, tiket masuk taman tema serta sewa motosikal.

Untuk makanan halal di pulau ini, saya cadangkan satu restoran dikenali sebagai Halal Phu Quoc Restaurant yang terletak 30 minit dari Grandworld dan 40 minit dari Sunset Town.

Restoran ini turut memiliki perkhidmatan penghantaran makanan dengan caj sebanyak 100,000 VND (RM17.80)

Untuk pengangkutan, terdapat perkhidmatan bas percuma dari lapangan terbang ke Grand World, Night Market dan Vinwonder.

Selain itu, terdapat bas ulang-alik percuma untuk ke Vinwonder dan safari di pintu masuk Grand World.

Antara tempat menarik yang saya kunjungi adalah Vinwonder. Di sini terdapat taman tema serta taman tema air yang sesuai untuk anak muda.

Di dalam taman tersebut tiada makanan halal, jadi umat Islam disarankan supaya membawa makanan halal dari luar.

Penulis bergambar di salah satu monumen yang menyerupai seni bina di Itali.

Selain itu, saya sempat melawat safari yang memiliki pelbagai jenis haiwan dan sesuai untuk semua lapisan usia.

Pakej untuk kedua-dua tempat tersebut boleh diperoleh melalui Klook pada harga RM241.09 bagi seorang dewasa.

Saya juga mengambil kesempatan untuk menelusuri sungai menerusi bot air selama 15 minit untuk menikmati pemandangan bangunan ala-ala Venice, Itali.

Pada waktu malam, saya mengunjungi The Quintessence of Vietnam yang menampilkan muzik tradisional dan cerita mengenai Vietnam.

Tapi sayangnya, kami ke sana pada minggu berkabung untuk rakyat Vietnam.

Ini bermakna, semua persembahan terpaksa dibatalkan termasuk ‘light show’ di sekitar sungai.

Selain itu, saya mengunjungi pasar malam di pekan yang padat dengan jualan makanan laut, buah-buahan serta hadiah.

Untuk makluman, makanan di pasar malam itu tidak halal dan hanya sesuai untuk bukan Islam.

Setelah tiga hari dua malam di Grand World, saya menaiki bas percuma untuk ke lapangan terbang.

Kemudian, saya mengambil perkhidmatan Grab dari lapangan terbang ke Sunset Town dengan harga 350,000 VND (RM62.42) sahaja.

Jika Grand World berkonsepkan Venice, Sunset Town pula adalah ala-ala Lake Como juga di Itali.

Saya dan suami menyewa motosikal dengan harga 150,000 VND (RM26.70) sehari untuk memudahkan perjalanan kami.

Dengan menggunakan motosikal, kami bersiar-siar di sekitar pekan Phu Quoc, Sunset Town dan berkunjung ke restoran halal.

Antara tarikan paling utama di pulau ini adalah kereta kabel terpanjang di dunia iaitu sepanjang 7.89 kilometer

Kereta kabel tersebut menghubungkan An Thoi Town dan Pulau Hon Thom. Di sana, terdapat taman tema air dan Exotic Park yang terkenal dengan roller coaster kayu.

Saya turut membeli pakej ‘Kiss of The Bridge’ untuk menaiki jambatan romantik. Pemandangan laut di kawasan ini sangat cantik terutama ketika matahari terbenam.

Saya berharap perkongsian ini dapat membantu anda merancang percutian di ‘permata’ tersembunyi Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI