fbpx

Pengasuh direman enam hari bantu siasatan kematian budak dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengasuh (kanan) direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan wanita itu, kelmarin.

IPOH – Seorang pengasuh direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan wanita itu kelmarin.

Permohonan reman terhadap suspek berusia 30 tahun itu dikemukakan pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Majistret Farah Nabihah Muhammad yang mendengar permohonan reman itu membenarkan suspek ditahan reman sehingga Selasa depan.

Tangkapan terhadap wanita itu dibuat selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul.

Mangsa sebelum itu dilaporkan jatuh di atas lantai di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka di sini pada Isnin lalu namun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.10 malam pada Selasa ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI