fbpx

Lelaki didakwa tipu tawar kerja pramugari Singapore Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (depan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan pekerjaan sebagai pramugari sehingga kerugian RM358,015, tahun lalu.

Tertuduh, Tan Chun Hooi, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Chun Hooi didakwa memperdayakan mangsa berusia 38 tahun untuk mempercayai bahawa tertuduh berupaya mendapatkan pekerjaan sebagai pramugari di Singapore Airlines.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan RM358,015 dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 3 Julai 2023 pukul 10.15 malam hingga 15 Disember 2023 di Paya Terubong, Ayer Itam, di sini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ashraf Ali mencadangkan jaminan RM12,000, namun peguam Yiew De Xien memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana tertuduh menanggung neneknya.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. Kes disebut semula pada 12 September depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI