fbpx

Robot jerung bersedia laksana misi khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jerung bionik ini berenang pada kelajuan 2.57 kilometer sejam dan menyelam pada kedalaman 19.8 meter. – CGTN

BEIJING –  Sebuah syarikat teknologi dari China memperkenalkan robot jerung, lengkap dengan kamera pengawasan yang boleh digunakan untuk ‘misi khas’ di dalam air, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Shenyang Aerospace Xinguang Group menghasilkan jerung bionik berukuran panjang 4.8 meter  itu. Robot itu boleh melakukan hampir setiap pergerakan jerung paus termasuk membuka dan menutup mulut. 

Ciri teknologi tingginya yang inovatif termasuk kamera optik, penderia, teknologi sonar dan sistem navigasi.

Jerung paus robotik pintar pertama di dunia itu juga dilengkapi alat kawalan jauh tanpa wayar serta pendorong bionik berbilang sendi dan renang terprogram.

Ikan palsu yang diadaptasikan daripada gergasi marin itu boleh berenang pada kelajuan 2.57 kilometer sejam dan menyelam pada kedalaman 19.8 meter, lapor saluran berita CGTN.

“Jerung paus ini mempunyai tujuh sendi yang boleh digerakkan dan setiap sendi memerlukan pengkomputeran, komunikasi serta penderiaan,” kata pereka bentuk robot tersebut, Gao Chao. 

Pakar-pakar yang mereka cipta ikan bionik itu berkata, mereka berharap ia dapat memantau kualiti air, memetakan bentuk rupa bumi bawah air dan menjalankan misi khas.

Walaupun tidak dijelaskan apakah misi khas itu, ia berkemungkinan boleh digunakan oleh China untuk tujuan ketenteraan atau pengawasan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI