fbpx

Ejen kasino mengaku tidak bersalah cuba rasuah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Guan (tengah) dituduh kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang ejen kasino mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM200,000 kepada pegawai polis, tahun lalu.

Tertuduh, Teow Kok Guan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah menawarkan wang tunai RM200,000 kepada Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis yang berpangkat inspektor.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan supaya pegawai polis itu melepaskan sebuah lori bonded yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kem Kompeni D Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1, Kuala Perlis, dekat sini kira-kira pukul 9 pagi, 19 Februari 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI