fbpx

Bekas pekerja syarikat pemaju perumahan didakwa rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malliga (baju hijau) ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas pekerja syarikat pemaju perumahan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas atas tujuh pertuduhan menerima rasuah RM3,500 bagi mempercepatkan proses tuntutan bayaran kerja perkhidmatan kawalan keselamatan di tapak projek sebuah kondominium.

Tertuduh R. Malliga, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hakim Suzana Hussin.

Malliga didakwa menerima rasuah wang RM3,500 daripada wakil syarikat perkhidmatan keselamatan melalui akaun bank milik tertuduh dan suaminya.

Ia sebagai dorongan untuk membantu mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat berhubung kerja-kerja perkhidmatan kawalan keselamatan di tapak projek sebuah kondominium.

Perbuatan dilakukan di sebuah bank di Jalan Klang Lama di sini antara 26 November 2019 dan 2 September 2020. Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Terdahulu Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd . Aliff Shaharuzaman mencadangkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Namun wanita itu yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan dia tidak bekerja dan segala perbelanjaan diuruskan oleh suaminya yang bekerja sebagai juruteknik, berpendapatan RM2,700 sebulan.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Suzana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI