fbpx

Fadlan Hazim selesa jayakan watak antagonis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADLAN lebih selesa membawa watak antagonis kerana boleh menjadi medium meluahkan segala kemarahan dalam diri.

PETALING JAYA – “Selesa dan mudah.”

Demikian respons pelakon Fadlan Hazim yang mengakui lebih gemar membawakan watak jahat berbanding memegang peranan sebagai hero protagonis.

Kata Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar, 32, selain kerap ditawarkan pihak produksi, dia secara peribadi memang gemar membawakan watak jahat.

“Saya selalu ditawarkan untuk bawa watak jahat. Memang produksi suka lihat saya dalam watak jahat dan ini boleh dikatakan kelebihan saya juga.

“Bukan tidak mahu atau tidak boleh buat watak hero, saya boleh buat cuma bukan minat kerana nanti jadi macam mengantuk sikit,” seloroh pelakon filem Sangkar itu dalam TikTok.

Dalam pada itu, Fadlan turut memaklumkan, perasaan yang terpendam dapat membantu dirinya untuk membawakan watak jahat dengan mudah.

“Setiap daripada kita ada sifat jahat, marah, benci dan toksik. Jadi apabila saya dibayar untuk mengeluarkan segala kejahatan dan kemarahan yang ada dalam diri, pada saya itu mudah kerana semuanya sudah ada.

“Secara realiti saya memang nampak tenang dan gembira bersama keluarga dan kawan-kawan, kerana semua itu (perasaan) saya simpan.

“Jadi itu senang buat duit sebab saya hanya perlu pergi ke set untuk tunjuk muka lelaki tak guna, kemudian marah-marah dan jadilah watak jahat,” katanya.

Sebelum ini Fadlan pernah menerima kecaman daripada netizen kerana tidak puas hati dengan wataknya sebagai Iqbal dalam drama Semua Salahku yang bersiaran di TV3 pada Ogos 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI