PETALING JAYA – Ramai yang tidak tahu kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi pihak swasta di bawah Dasar Gaji Progresif.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kita selalu bising pasal gaji, tapi bila ada peluang naik gaji, kita tidak gunakan.
“Mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji ini layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja supaya kenaikan gaji itu ditanggung oleh kerajaan.
“Gaji permulaan mengikut kelayakan di bawah Dasar Gaji Progresif antaranya seperti berikut, jurutera mekanikal (RM3,380), jurutera awam( RM3,115), akauntan dan juruaudit( RM3,280),” kongsinya di laman sosialnya
Kata Rafizi, gaji permulaan untuk ahli nujum adalah sebanyak RM2,205 dan juruteknik kejuruteraan awam (RM2,470).
Jelas beliau, untuk senarai penuh gaji permulaan di bawah Dasar Gaji Progresif, muat turun Buku Panduan Gaji Pokok Permulaan dan Kenaikan Tahunan di https://
gajiprogresif.gov.my/. – KOSMO! ONLINE
@rafiziramli Berapa gaji permulaan mengikut kelayakan di bawah Dasar Gaji Progresif: Jurutera Mekanikal – RM3,380 Jurutera Awam – RM3,115 Akauntan dan Juru Audit – RM3,280 Ahli Nujum – RM2,205 Juruteknik Kejuruteraan Awam – RM2,470 Eyh, mana dapat semua tangga gaji ni? Ramai yang tidak tahu kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi pihak swasta di bawah Dasar Gaji Progresif. Mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji ini layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja, supaya kenaikan gaji itu ditanggung oleh kerajaan. Untuk senarai penuh gaji permulaan di bawah Dasar Gaji Progresif, muat turun Buku Panduan Gaji Pokok Permulaan dan Kenaikan Tahunan di https://gajiprogresif.gov.my/ Kita ni selalu bising pasal gaji, tapi bila ada peluang naik gaji, kita tak gunakan. #rafiziramli #kementerianekonomi #kerajaanmadani #gajiprogresif #fyp ♬ original sound – Rafizi