fbpx

[VIDEO] Budak 12 tahun tidak mengaku pandu Viva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKS yang berusia 12 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini. Foto oleh Amir Khalid/Kosmo!

SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang tular memandu Perodua Viva di sebuah taman perumahan di Puchong minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta dibawah umur.

Bagaimanapun kanak-kanak berusia 12 tahun selaku Orang Kena Saman (OKS) itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan dalam prosiding secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, kanak-kanak tersebut didakwa telah memandu Perodua Viva di atas jalan di mana umurnya sewaktu kejadian tersebut adalah 12 tahun 3 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini pukul 6.30 petang pada 29 Julai lalu mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39(5) akta yang sama.

Di mahkamah sama, bapanya yang merupakan warga Pakistan dan bertaraf Pemaustatin Tetap (MyPR) berusia 53 tahun selaku OKS turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membenarkan anak lelakinya memandu kereta.

Majistret Muhammad Bukhori kemudian membenarkan kanak-kanak itu diikat jamin RM500 manakala bapanya diikat jamin RM2,000.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen tertuduh berusia 53 tahun berhadapan satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabai dan gagal mengawasi anak lelakinya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahin Sasaruddin dan Nor Sabrina Zubari manakala kanak-kanak lelaki itu dan bapanya diwakili peguam Nabilla Rosli.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis sudah mendapat kebenaran untuk mendakwa seorang lelaki bersama anak yang dikaitkan dengan video tular kanak-kanak memandu kereta, di Puchong baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI