fbpx

Terkejut punya pasal, pemandu tekan minyak rempuh tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta terlanggar tiang papan tanda jalan. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK – Seorang pemandu secara tidak sengaja menekan pedal minyak dengan kuat selepas terjaga daripada tidur, menyebabkan keretanya merempuh sebatang tiang papan tanda, lapor laman berita Pattaya Mail kelmarin.

Polis tiba di tempat kejadian pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) dan mendapati sebuah kereta berwarna kelabu melanggar tiang papan tanda penunjuk arah. 

Seorang lelaki warga Thailand yang berusia kira-kira 30 tahun dan seorang wanita berada di dalam kenderaan tersebut.

Kedua-dua mereka dilaporkan kelihatan mabuk.

Insiden itu pertama kali dilaporkan oleh seorang pengawal keselamatan yang berada berhampiran kenderaan tersebut.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan berkenaan menyedari bahawa kereta itu tidak bergerak ketika ia berada di persimpangan. 

Pengawal itu kemudian menghampirinya dan mengetuk tingkap kereta untuk mengejutkan kedua-dua penumpang.

Disebabkan terkejut, pemandu tersebut terus menekan pedal minyak, menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melanggar papan tanda jalan. 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI