fbpx

Tangguh belajar lepas hidap kanser payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Fahimah bersama ibu, Rodhiah Safiee (kanan) mendengar penerangan daripada Zuraini (kiri) ketika ditemui di Kepala Batas di Pedu dekat Kuala Nerang semalam.

KUALA NERANG – Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) terpaksa bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos rawatan kanser payudara tahap tiga yang dihidapinya.

Wan Fahimah Wan Mohamad Othman, 27, dia disahkan menghidap penyakit berbahaya itu pada Januari lalu dan terpaksa berulang-alik sejauh 160 kilo­meter dari rumah sewa di Kuala Ketil dekat sini ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk kemoterapi dan radioterapi.

Pelajar tahun tiga jurusan tahfiz dan pengajian qiraat itu juga terpaksa menangguhnya pengajiannya sejak Mac lalu sehingga menyebabkan biasiswanya dihentikan sementara.

“Bagaimanapun, saya hanya kerja dua minggu sahaja dengan gaji RM1,500 sebelum berhenti kerana tidak larat. Saya tidak mahu menyusahkan keluarga kerana mereka perlu uruskan lapan beradik lain,” katanya.

Terdahulu, Wan Fahimah dikunjungi Pengerusi Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal di rumahnya di Kampung Kepala Batas, Pedu di sini yang turut menghulurkan bantuan.

Menurut Wan Fahimah, dia telah menjalani pembedahan membuang ketulan pada pa­yudara kanan bulan lalu dan akan menunggang motosikal bersama adiknya untuk ke HPP bagi rawatan susulan.

Tambahnya, ibu bapanya be­kerja sebagai pengawal ke­selamatan dan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain dengan pendapatan terhad.

“Saya kena berjimat kerana keadaan sekarang membuatkan saya penat dan sakit terutama selepas kemoterapi,” katanya.

Ujar Wan Fahimah, dia kini mengajar secara online untuk mencari wang saku.

“Saya mahu meneruskan pe­ngajian hingga mendapat ijazah. Saya pernah belajar di Mesir tetapi terpaksa pulang ketika pandemik dan kesempitan keluarga sebelum menyambung pe­ngajian di sini,” katanya.

Menurut Wan Fahimah, dia berazam untuk menamatkan pengajian dan menjadi guru untuk berbakti kepada keluarga yang banyak berkorban dan berdakwah demi agama.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun ­Maybank Wan Fahimah di ­nombor 152023644317.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI