fbpx

Syarikat kosmetik Cubre Mi saman bekas ejen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afzalizah (dua dari kiri) dan Adnan (kanan sekali) pada sidang media berkenaan saman fitnah di Bangi, Selangor hari ini

KAJANG – Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. (Cubre Mi) memfailkan saman terhadap seorang bekas ejennya kerana didakwa memfitnah syarikat berkenaan menerusi platform media sosial pada April lalu.

Peguam Datuk Adnan Seman berkata, anak guamnya memfailkan saman tersebut pada 24 Jun 2024 dan mahkamah menetapkan 20 Ogos ini sebagai tarikh pengurusan kes.

“Saman adalah berkaitan penerbitan kenyataan defendan pada 18 April 2024 di Facebook. Ia berkaitan penjualan produk-produk oleh ibu pejabat (Cubre Mi) yang didakwa menganiayanya.

“Dalam hantaran itu plaintif mendakwa telah dianiaya apabila ibu pejabat menjual (produk) pada harga lebih rendah berbanding harga runcit,” katanya pada satu sidang media yang turut dihadiri Pengasas Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan di Bangi dekat sini hari ini.

Adnan berkata, kenyataan itu kemudian dikongsikan pihak lain di Instagram dan TikTok sekaligus memberi pandangan umum yang buruk terhadap reputasi dan imej anak guamnya.

“Pihak yang disaman juga telah memfailkan pembelaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, anak guamnya bagaimanapun mendakwa, produk yang dijual pada harga rendah itu adalah bagi tempoh yang singkat untuk produk yang mempunyai kecacatan pada bungkusan atau hampir tamat tarikh luput.

Dakwa beliau, langkah tersebut antara lain bertujuan memperkenalkan lagi produk berkenaan kepada orang ramai yang dapat membelinya pada harga rendah berbanding pasaran – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI